Tuesday, 4 February 2014

Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB)



Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) menyediakan geran sehingga RM500,000 untuk menyokong idea perniagaan yang inovatif dan kreatif. Ia merupakan pembiayaan untuk membantu syarikat-syarikat start-up dengan dana RM100 juta dalam tempoh 3 tahun. Sebanyak RM30 juta telah diperuntukkan untuk tahun 2014.

Program ini dibuka kepada Bumiputera yang ingin menjadi usahawan atau syarikat Bumiputera yang beroperasi kurang daripada 3 tahun.

Pemilihan usahawan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan SUPERB yang dianggotai sekumpulan panel usahawan yang berjaya dalam perniagaan masing-masing.  Nama ahli panel SUPERB akan diumumkan di dalam jangka masa yang terdekat ini. Maklumat lanjut boleh klik sini . 

Kriteria klik sini 

Borang Permohonan klik sini

No comments:

Post a Comment