Yang paling berkuasa dalam diri manusia ialah HATI. Imam Al-Ghazali menegaskan bahawa hati umpama raja yang paling berkuasa dalam diri manusia. Pancaindera dan segala anggota badan bagaikan rakyat yang tunduk dan patuh kepada pemerintah hati.
Hati adalah tempat cinta bertakhta. Cinta itu yang mengawal hati. Jika seseorang mencintai sesuatu, seluru tenaga, upaya dan fokus dalam hidupnya akan ditumpukan kepada apa-apa yang dicintai.
Oleh kerana itu, kita perlu berhati-hati apabila mencintai dan dicintai. Kita perlu berhati-hati memilih "siapa" dan "apa" yang hendak kita cintai.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: "Seseorang akan menjadi hamba kepada apa-apa yang dicintainya" (Riwayat Al-Bukhari)
Syukur, jika hati mencintai Allah,kita akan menjadi hamba kepada Allah dan seluruh hidup kita akan terfokus kepada iman dan islam.Alangkah ruginya jika dihati kiya bertakhta kejahatan dan kemungkaran kerana kita akan menjadi hamba kepada kejahatan dan kemungkaran itu.
Cinta Allah Segala Sumber
Hidup memang untuk cinta. Tetapi cinta: ntuk siapa? Jawabnya cinta kepada Allah.
Firman Allah, maksudnya: " orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Kalaulah orang yang melakukan kezaliman mengetahui ketika mereka melihat seksaan (pada hari kiamat) bahawa kekuata itu semua kepunyaan Allah dan amat berat seksaan-Nya (nescaya mereka menyesal)" (Surah Al-Baqarah 2:165)
Cinta kepada Allah sumber segala kekuatan,kekayaan,ketenangan dan kejayaan.
Manusia yang bercinta dengan Allah yang maha kaya (Al -Ghaniy), akan mendapat kekayaan jiwa yang tiada tandingan
Manusia yang paling kuat ialah manusia yang mencintai Allah Yang Maha Perkasa (Al-Qhawiy).
Manusia yang paling jahil dan serba tidak tahu akan menjadi insan menjadi bijaksana apabila berhubung cinta dengan Allah Yang Maha Mengetahui (Al-'Alim).
Manusia yang cinta kepada Allah punya kekuatan dan ketenangan untuk Menghadpi kehidupan. Hidup meteka tidak akan diganggu gugat oleh rasa takut atau dukacita.
Firman Allah yang bermaksud " kebebasan yang diberikan kepadamu ( apabila diketahui oleh mereka) lebih dekat untuk mententeramkan hati mereka, menjadikan mereka tidak berdukacita,serta menjadi meteka reda akan apa-apa yang engkau lakukan kepada mereka. Dan (ingatlah) Allah sedia mengetahui setiap yang ada dalam hati kamu. Allah Maha Mengetahu, Lagi Maha Penyabar" (Surah Al-Ahzab 33:51)
Ekspresi Cinta Sahabat Kepada Allah
Cinta kepada Allah telah membentuk sahabat-sahabat Nabi S.A.W berikut menjadi orang yang hebat :
Sunday, 9 February 2014
Di Mana Rasulullah di Hatimu (Part 1)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment