Sunday, 9 February 2014

Di Mana Rasulullah di Hatimu? (Part 2)

Mengapa Perlu Mencintai Rasulullah?
Begitulah kelebihan mencintai Allah. Hitam,Putih,manis,pahit,terang dan gelap- semuanya baik belaka jika sudah ada cinta. Namun demikian, cinta kepada Allah tidak mungkin akan dicapai tanpa melalui cinta Rasulullah s.a.w. Cinta Allah itu tujuan, Cinta Rasulullah pula jalan
Antara jalan menuju kejayaan adalah dengan "meniru" orang yang berjaya sebagaimana yang turut dinyatakan oleh pakar motivasi dan psikologi. Sebagai umat islam, siapa lagi insan yang paling berjaya jika tidak Rasulullah? Baginda mencapai kejayaan yang holistik sebagai individu dan masyarakat di dunia dan akhirat.
Allah s.w.t menegaskan hakikat ini melalui firmanya- yang bermaksud " Pada diri Rasulullah buat kamu adalah suri teladan yang baik"(Surah Al-Ahzab 33:22)
Tanpa dolak-dalih lagi, kita boleh merumuskan bahawa punca kegagalan umat islam kini kerana tidak menjadikan Rasulullah sebagai teladan.
Berikut dihuraikan sebab kita perlu mencintai Rasulullah s.a.w
1. Jalan Mencintai Allah
   Allah sendiri telah menunjukkan bahawa jalan mencintai Allah adalah dengan mencintai Rasulullah. Jalan itu wajib diikuti. Tidak ada manusia yang mampu mencintai Allah mengikut jalanya tersendiri. Sepekara lagi, kuta mestilah mencintai segala-galanya yang dicintai Allah. Ia meliputi mencintai para rasul,nabi,malaikat,hambanya yang soleh,amal soleh dan akhlak mulia.
Tegasnya , cinta kepada Allah mewajibkan kita agar mencintai sesiapa dan segala sesuatu yang di-cintai-Nya
Rasulullah s.a.w Inilah syarat pertama dan utama untuk meraih cinta Allah.
  Perkara ini ditegaskan sendiri oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud : "Katakan: 'Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (muhammad).Nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu'. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Ali Imran 3:31)

2. Rasulullah Sangat Dimuliakan Allah
  Allah telah memilih Baginda sebagai manusia yang paling mulia dengan pengiktirafan berikut :
# Penghulu segala rasul
#Menurun Al-Quran kepadanya
#Memuliakan dengan selawat
#Menganugerahkan gelaran "Habibullah" (Kekasih Allah).
Peri Rasulullah dimuliakan oleh Allah terpancar daripada firma-Nya yang bermaksud : "Sesungguhnya,Allah dan malaikat-Nya berselawat atas nabi". (Surah Al-Ahzab 33:56)
Bukan itu sahaja, malah Baginda dimartabatkan sebagai pemberi rahmat bagi seluruh alam dan kelak Allah akan lebih memuliakanya dengan memberikan syafa'ah 'uzma (pertolongan agung) pada hari kiamat.
Insya-Allah, orang yang memuliakan insan yang dimuliakan Allah (Rasulullah) aan turut dimuliakan-Nya. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: " Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka aku akan berselawat atasnya 10 kali." (Riwayat Al-Bukhari)

No comments:

Post a Comment