Thursday, 13 February 2014

Di Mana Rasulullah di Hatimu? (Akhir)

3. Rasulullah Sangat Mencintai Kita
Rasulullah merupakan nabi yang paling mencintai umatnya. Atas dasar cinta itulah baginda berjuang habis-habisan menyampaikan ajaran islam- agama yang menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat. Belum tentu orang yang kita cintai akan mencintai kita, Baginda memang terbukti mencintai kita. Jika kita mencintai rasulullah, kita tidak akan bertepuk sebelah tangan... Cintailah Rasulullah, pasti cinta kita berbalas.
  Bukti cinta ialah pengorbanan. Semakin tinggi cinta, semakin banyak pengorbanan. Lihatlah bagaimana Baginda menumpahkan keringat, mengalir air mata, malah rela menyabung nyawa demi menyelamatkan umat islam dari seksaan api neraka.
  Firman Allah, maksudnya "Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri. Terasa berat olehnya dengan penderitaanmu, yang sangat mengiginkan ( keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan serta penyayang terhadap orang mukmin." (Suran Al-Taubah 9:128)
Doa-doa yang diwariskan oleh rasulullah kepada para sahabatnya dan kemudianya dipindahkan daripada satu generasi ke satu generasi juga bukti cinta Rasulullah kepada umatnya. Jika kita merujuk kepada hadis- hadis yang dinukilkan dalam pelbagai kitab, kita dapat melihat betapa banyak khazanah doa yang diwariskan sebagai bukti kecintaan Baginda.
4. Jasa dan Kebaikan Rasulullah Yang Melimpah
Budi dan jasa rasulullah s.a.w sangat luar biasa. Dakwah, nasihat, didikan, bimbingan, doa dan kepimpinan Rasulullah tidak terhitung nilainya. Baginda bukan sahaja bertungkus- lumus untuk menyelamatkan manusia didunia sahaja, malah diakhirat. Baginda telah menyampaikan berita ( hari akhira) sama ada yang mengembiran (syurga) atau ancaman yang menakutkan (neraka) sebagai peringatan.
Itulah perbezaan Rasulullah s.a.w dengan pemimpin dunia yang lain. Pemimpin biasa hanya berusaha menyelamatkan pengikutnya didunia, tetapi Rasulullah berusaha menyelamatkan umatnya daripada kesengsaraan di dunia dan akhirat.
Rasulullah s.a.w bukan sahaja membersihkan dunia daripada kejahatan, malah membersihkan hati manusia daripada dosa dan kemungkaran
Hati manusia yang dicemari syirik dan sifat mazmumah telah dibersihkan dengan kehadiran Rasulullah s.a.w. Hasilnya , terbentuklah generasi yang beriman.
Firman Allah, maksudnya:" Sesungguhnya, Allah memberi kurnian kepada orang yang beriman ketika Allah mengutus atara mereka seorang Rasul daripada golongan mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat Allah kepada mereka, membersihkan (jiwa) mereka dan mengajarkan kepada mereka al-kitab dan al-hikmah. Sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka benar-benar berada dalam kesesatan yang nyata ."(surah Ali ' Imran 3:164)
5. Keagungan Akhlak Rasulullah
  Setiap hati manusia akan jatuh cinta kepada orang yang mempunyai akhlak yang baik. Akhlak yang baik disukai oleh setiap manusia tidak kira agama, bangsa dan warna kulit. Ia nilai sejagat yang diakui oleh semua manusia. Ini juga salah satu sebab kita perlu mencintai Rasulullah s.a.w kerana ketinggian dan keagungan akhlak baginda.
Oleh sebab itu, sesiapa yang tidak jatuh cinta kepada Rasulullah s.a.w itu petanda dia menolak fitrah manusia. Orang yang baik dan ingin menjadi baik akan mencintai dan meneladani orang yang baik. Tidak ada insan sebaik Nabi Muhammad s.a.w. Akhlak baginda bukan sahaja dipuji oleh kawan dan lawan, malah oleh Tuhan Yang Maha Pecinta.
Allah berfirman, maksudnya:"Sesungguhnya, kamu ( muhammad) benar-benar mempunyai budi pekerti yang agung." (surah Al-Qalam 68:4)

Tanda Mencintai Rasulullah
Sudahkah kita jatuh cinta kepada Rasulullah s.a.w? Antara tanda mencintai Baginda ialah banyak mengingat, menyebut, merindu dan seterusnya ingin sekali bertemu. Maksudnya, cinta adalah satu perasaan yang bersemi dalam hati, diluahkan dengan lidah dan dibuktikan dengan tindakan dan pengorbanan
  Jika kita mengaku cintakan Rasulullah s.a.w muhasabahlah sebanyak mana kita berselawat kepada baginda sehari semalam? selawat itu tanda ingatan. Setelah banyak mengigat dengan berselawat, tentulah rasa rindu untuk bertemu semakin mendalam. Ya, cinta dan rindu sangat sinonim.
Cinta yang hebat akan mampu mendekatkan jarak waktu dan jurang demensi. Inilah yang dialami oleh manusia yang hidup pada akhir zaman, tetapi punya cinta yang mendalam kepada Rasulullah s.a.w.
Justeru, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:" Orang yang paling aku cintai dalam kalangan umatku ialah orang sesudahku yang sangat ingin melihat aku (walaupun dengan mengorbankan) keluarga dan hartanya."(Riwayat Muslim)
Kesimpulanya, orang yang bercinta mesti banyak mengingati sesiapa yang dicintainya. Apabila hati mengingat, mulut akan banyak menyebut. Apabila lidah banyak menyebut, hati akan berasa rindu. Apabila rindu, pasti terasa ingin bertemu. Ya, begitulah sifir cinta kepada Rasulullah. Bagaimana hendak bertemu dengan Rasulullah? Jawabnya, dengan mati dalam keadaan sedang berjuang menegakkan sunnahnya dalam seluruh aspek kehidupan.

No comments:

Post a Comment